Awak nak tau x?
Nov 29, 2010
I Miss U
Posted by Cik AsRaR at 9:32 PM 6 comments
ceteknyer....
Minggu lepas,me pergi meeting kat aL-Khadeem di Taman Tun.Nak bincang pasal aktiviti2 yg akan dbuat program motivasi pada 7/12 ni.Kat maner al-khadeem tu?maaf la ye,bab2 jalan ni memang susah nak ingat....walaupun dah banyak kali pergi tempat tu..hehe...ingat lagi,abah pernah tanya " Kak Long,tunjuklah jalan cmne nak g komuter!" (time ni masa study kat nilai dulu).me pula hanya mampu tersenyum..heheh.me hanya mampu cakap " err,kak long x ingat sangat la jalan"........memang kna kutuk kaw2 ...mane taknye...tiap2 minggu balik...tapi jalan tak ingat2..huahuahua....
Posted by Cik AsRaR at 8:54 PM 0 comments
Aug 21, 2010
Ramadhan Tahun Ini~
Assalamualaikum...huhu.rasa macam dah lama tak update blog..=) Bukan apa,kekangan masa menyebabkan takde masa nak berkarya ni..Tambahan lagi,kekurangan idea nak post pasal pe.Alhamdulillah,hari ini dah masuk 12 Ramadhan..rasa macam baru je semalam start puasa.Semoga Ramadhan tahun ini Ramadhan yang terbaik tuk kite semua...banyak barakah dbulan ini..lebih2 lagi syaitan laknatullah telah diikat d neraka...So,kuatkanlah semangat untuk melakukan ibadah2 dan amal kebaikan semata-mata kerana Allah =) Tapi kalau de orang yang masih lakukan kejahatan@ maksiat di bulan ramadhan kenapa pula ye???Tu maknanya diri dia sepenuhnya telah berjaya dididik oleh syaitan untuk wat benda2 jahat ni.
Posted by Cik AsRaR at 5:10 PM 0 comments
Apr 27, 2010
Kursus Pengurusan Jenazah
Pada sabtu lepas bersamaan 24 April 2010,Surau Ar-Rahman (tempat saya) telah mengadakan "Kursus Pengurusan Jenazah".Dari pukul 10 a.m until 5.30 p.m.Program ni dkendalikan oleh AJK2 surau dan juga kerjasama dr INTIS. Ada 2 sesi..pagi tu just teori n petang teori + praktikal..sangat2 best ditambah lagi ustaz tu kelakar.Tapi saya tak pergi time pagi kerna ade sedikit urusan...huhu.Ilmu pengurusan jenazah ni sangat penting.Besar ganjaran pahalanye.Tapi orang yang memandikan mayat tu....mesti sangat amanah orangnyer..die kena simpan rahsia2 atau keaiban si mayat..jadi,lebih baik kite sebagai anak,cucu,kakak,emak,ayah,or abang memandikan sendiri memandikan jenazah keluarga kita..at least,aib jenazah tak akan tersebar luas di kalangan org2 luar.Ustaz tu ada cakap juga,kite kena hormat jenazah nie sama ketika jenazah tu masih hidup.Contohnye,kalau kita mestilah nak mandi kat tempat yg bertutup de pintu....mentang2 lah orang tu dah meninggal xpatut kite mandikan die kat ruang tamu ke...huhuhu
- Buang najis pada zahir sahaja
- Memandikan 3 kali atau lebih
- Memandikan dengan jumlah yg ganjil
- Mencampur sebahagian air dengan daun bidara (sabun)
- Mencampur mandi terakhir dengan wangi-wangian seperti kapur barus dan ini lebih afdhal.(kalau tengah berihram xyah letak wangi wangian)
- Rambut dcuci dengan baik
- Menyikat rambut
- Mengikat dan jadikan 3 bahagian(untuk wanita) ,lalu bentangkan ke belakangnye.
- Mula mandikan dr bhgian kanan dan anggota wuduknya
- Lelaki dmandikan oleh lelaki dan wanita dmandikan oleh wanita(suami isteri boleh saling memandikan)
- Tutup tubuh mayat dengan kain ketika memandikannya ( kain batik ke...jangan warna terang)
Posted by Cik AsRaR at 5:44 PM 2 comments
Apr 9, 2010
Salam dihulur...Ukhuwah bertaut~
Aduh....dah lame tak update blog...heee.maaf la ye,sibuk sangat!! (ada keraguan dsini? ;p) dan kekontangan ilham untuk menulis pun ye jugak..maklumlah,dah lama x baca buku..hehe.Baiklah me nak kongsikan satu cerita atau pengalaman buat sahabat2~
Posted by Cik AsRaR at 6:48 PM 3 comments
Feb 22, 2010
CinTaKan DuNia....
Berlari-lari di kebun bunga,
Nampak pula bunga serai,
Apalah guna harta dunia,
Posted by Cik AsRaR at 11:11 PM 4 comments
Feb 19, 2010
~teLinGaKu TerCeMar
erm...sekarang ni saya berada di cyber cafe mak cik saya...untuk menambahkan pendapatan..maklumlah..mak cik saya nie bekerja sebagai seorang guru sekolah rendah..Bersungguh-sungguh mak cik saya nie mencari wang..atuk dan nenek pun tak berapa sihat....Doktor2 kat Hospital Putrajaya pun myb dah kenal atuk ngan nenek saya...huhu...
Berbalik pada tajuk kat atas...saya rasa geram betul la dengan budak2 yang berada kat cyber cafe(cc) ni...perempuan dengan lelaki..sama sahaja..tapi..kebanyakkannye..lelaki la..kalau diorang ni marah2 sebab game ke...berborak ngan kawan ke...word ni terlalu famous..tak lain tak bukan...aish..segan lak nak sebut...'babi r kau ni' ..hello!!! kawan awak tu ade muke iras2 haiwan tu ke?? dah elok2 kawan awak tu ade name...game tu susah sekalipun...tidak perlu la sebut nama haiwan tu...sesuke ati je panggil macam tu..lagipun..saya rasa kalau menggunakan word tu...nampak sangatlah..akhlak dan budi bahasa kite terlalu rendah..then...'bodoh la kau ni'...ehem!! nampaknye die terlalu pandai sehingga sesuke ati je nak cakap orang bodoh...aish!! ~telingaku tercemar...
Posted by Cik AsRaR at 11:50 PM 5 comments
Jan 26, 2010
~RancanGan maSa Cuti
Erm....cuti final sem hampir tiba..hee.18 Februari..tak sabar rasanye nak pulang ke rumah..heheh.macam tak balik 2, 3 bulan je..padahal tiap2 minggu balik..hahaha.Banyak aktiviti yang nak buat time cuti nanti..dah buat list dah.kalau boleh,nanti nak buat aktiviti yang berfaedah sikit..dah insaf buang masa nie..sebab masa cuti sebelum ni banyak dihabiskan depan lap top je!!tapi yang pasti..bukan belajar memandu !! Buat masa ni pintu hati dah tertutup(macam putus cinta lak) nak belajar..memang la tu satu ilmu atau kemahiran yang perlu ada pada setiap orang dewasa..hee..ni semua salah cikgu tu!! sebagai seorang guru,kena la consider sikit dengan pelajar yang tak pernah2 pun peegang streng kereta..tibe2 pegang..mesti la cara pegangannya agak keras dan cara memandu kereta teruk..ada ke patut cikgu tu cakap " saya tak pernah jumpa orang yang pelik macam awak ni" (ish...sedih tau tak die cakap camtu) ..lagi satu die cakap begini.."nak kata bodoh..anak..." (nak je lumurkan cili mulut cikgu yang 'baik' nie..huhu)..sebab die saya dah patah hati nak belajar memandu..
Dah2...tak nak ingat..ada kawan tu nak buat bisnes waffle..bagus2..dan saya pula..
- Nak masuk kelas bi..hee..nak mantapkan lagi penguasaan terhadap bahasa omputeh nie
- Nak masuk kem2 yang boleh meningkatkan keyakinan diri(yang nie nak join ngan kakak senior di ukm)
- Mantapkan lagi kemahiran memasak...heheh
- Nak cari info pasal prospek pekerjaan kos yang saya ambil ni
- Belajar balik Akaun,Mt dan Ekonomi as preparation nak masuk main campus(boleh!!!)
- Cari kerja
- ...............................rahsia!!!........................
Posted by Cik AsRaR at 12:45 PM 7 comments
Jan 17, 2010
Ada PenYeleweNgan????
Assalamualaikum..pembuka segala bicara ^_^
Lepas magrib tadi pergi ke surau berdekatan dengan rumah sebab ada ceramah yang disampaikan oleh Ustaz...hmm...tak ingat!!! maaf ya ustaz..;) Banyak dugaan sebenarnya nak pergi surau ni..1.adik lambat bersiap ;X 2.banyak anjing berkeliaran kat area rumah saya ni(dua atau tiga ekor sahaja....hee)..kalau anjing tu kejar..tak ke naya
Disebabkan lambat sampai,ilmu yang saya dapat sikit sahaja...tak mengapalah kan..baik ada dari tidak ada langsung..Sampai sahaja dengar ustaz tu beritahu bahawa berdosa besar orang yang berbicara tentang hukum sedangkan dia tidak mempunyai ilmu iaitu dalil dan hadis yang sahih..Nerakalah tempatnya..Kemudian,Ustaz tu ceritalah sebenarnya kisah-kisah wali ni atau cerita-cerita teladan ni ada yang telah diselewengkan...contohnya,ingat tak kisah seorang lelaki tu terpikat dengan keindahan sepasang mata milik seorang wanita yang memakai purdah.Jadi,lelaki itu ikutlah wanita itu sampai dirumahnya..setelah tiba di rumah perempuan tu pun bertanyalah..."kenapa awak mengekori saya" lelaki itu pun beritahulah sebabnya..Wanita itu minta lelaki itu tunggu sebentar dan dia terus masuk ke dalam rumah..Kemudian,datanglah pembantu wanita itu memberi sesuatu kepada lelaki itu..Apabila lelaki itu melihat apa yang telah diberikan oleh pembantu itu..dia terkejut..kerana benda itu adalah sepasang mata milik wanita itu..kemudian lelaki itu pun insaf....
p/s : Tolong betulkan saya jika saya salah....
Posted by Cik AsRaR at 12:11 AM 2 comments
Jan 14, 2010
KisaH tenTang....
Posted by Cik AsRaR at 11:36 AM 0 comments
Jan 9, 2010
SeBeLuM KiTa....
SEBELUM KITA MENGELUH...........
1. Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik, fikirkan tentang seseorang yang tidakdapat berbicara sama sekali.
2. Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
3. Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
4. Sebelum kamu mengeluh bahwa kamu buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada
tingkat yang terburuk di dalam hidupnya.
5. Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau isterimu, fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Allah untuk diberikan teman hidup.
6. Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu awal.
7. Sebelum kamu mengeluh tentang anak-anakmu, fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
8. Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor kerana pembantumu tidak mengerjakan tugasnya, fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
9. Sebelum kamu mengeluh tentang jauhnya kamu telah menyetir, fikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan.
10. Dan disaat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.
11. Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahwa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Posted by Cik AsRaR at 6:01 PM 0 comments