Jan 17, 2010

Ada PenYeleweNgan????

Assalamualaikum..pembuka segala bicara ^_^

Lepas magrib tadi pergi ke surau berdekatan dengan rumah sebab ada ceramah yang disampaikan oleh Ustaz...hmm...tak ingat!!! maaf ya ustaz..;) Banyak dugaan sebenarnya nak pergi surau ni..1.adik lambat bersiap ;X 2.banyak anjing berkeliaran kat area rumah saya ni(dua atau tiga ekor sahaja....hee)..kalau anjing tu kejar..tak ke naya

Disebabkan lambat sampai,ilmu yang saya dapat sikit sahaja...tak mengapalah kan..baik ada dari tidak ada langsung..Sampai sahaja dengar ustaz tu beritahu bahawa berdosa besar orang yang berbicara tentang hukum sedangkan dia tidak mempunyai ilmu iaitu dalil dan hadis yang sahih..Nerakalah tempatnya..Kemudian,Ustaz tu ceritalah sebenarnya kisah-kisah wali ni atau cerita-cerita teladan ni ada yang telah diselewengkan...contohnya,ingat tak kisah seorang lelaki tu terpikat dengan keindahan sepasang mata milik seorang wanita yang memakai purdah.Jadi,lelaki itu ikutlah wanita itu sampai dirumahnya..setelah tiba di rumah perempuan tu pun bertanyalah..."kenapa awak mengekori saya" lelaki itu pun beritahulah sebabnya..Wanita itu minta lelaki itu tunggu sebentar dan dia terus masuk ke dalam rumah..Kemudian,datanglah pembantu wanita itu memberi sesuatu kepada lelaki itu..Apabila lelaki itu melihat apa yang telah diberikan oleh pembantu itu..dia terkejut..kerana benda itu adalah sepasang mata milik wanita itu..kemudian lelaki itu pun insaf....

saya pernah baca kisah ini sebelum ini..Terdetik hati saya.." Alangkah bagusnya wanita ini,disebabkan rasa takutnya untuk menjadi fitnah atau tidak mahu melalaikan hati seorang lelaki dari mengingati Allah dia sanggup mengorek mata sendiri"...tu sebelum..Lepas tu,Ustaz tu cakaplah..lebih kurang beginilah ikut pemahaman saya...Kisah ini tidak betul,Islam tidak mengajar pun umatnya menyeksakan diri selepas kita sedar dari kesilapan..cukuplah dengan bertaubat..taubat yang sungguh-sungguh bahawa tidak akan melakukan kesilapan yang sama..lagipun cerita begini tidak ada sanad yang kukuh...Jadi,janganlah terlalu taksub atau terima bulat-bulat dengan sesuatu cerita itu sebelum kita pasti akan kesahihannya ..mari memahami makna yang tersirat..buka mata hati dan fikiran ketika membaca!!


p/s : Tolong betulkan saya jika saya salah....

2 comments:

syahir said...

Assalamualaikum,

he he he ana nak komen jugak

ana pernah baca cerita ini,

Lelaki yg dimaksudkan ialah hasan

al-basri,klo x silap ana

di situlah detik2 yg mendorong

hasan al-basri dari seorg yg biasa

diangkat oleh Allah menjadi

seorang imam dan ulama' yg terkenal

Cik AsRaR said...

oh..terima kasih akhun!!!boleeh...tunjukkan bukti??