Apr 27, 2010

Kursus Pengurusan Jenazah

Pada sabtu lepas bersamaan 24 April 2010,Surau Ar-Rahman (tempat saya) telah mengadakan "Kursus Pengurusan Jenazah".Dari pukul 10 a.m until 5.30 p.m.Program ni dkendalikan oleh AJK2 surau dan juga kerjasama dr INTIS. Ada 2 sesi..pagi tu just teori n petang teori + praktikal..sangat2 best ditambah lagi ustaz tu kelakar.Tapi saya tak pergi time pagi kerna ade sedikit urusan...huhu.Ilmu pengurusan jenazah ni sangat penting.Besar ganjaran pahalanye.Tapi orang yang memandikan mayat tu....mesti sangat amanah orangnyer..die kena simpan rahsia2 atau keaiban si mayat..jadi,lebih baik kite sebagai anak,cucu,kakak,emak,ayah,or abang memandikan sendiri memandikan jenazah keluarga kita..at least,aib jenazah tak akan tersebar luas di kalangan org2 luar.Ustaz tu ada cakap juga,kite kena hormat jenazah nie sama ketika jenazah tu masih hidup.Contohnye,kalau kita mestilah nak mandi kat tempat yg bertutup de pintu....mentang2 lah orang tu dah meninggal xpatut kite mandikan die kat ruang tamu ke...huhuhu


Ketika meninggal dunia
Jika sudah meninggal dunia maka orang2 d sekitarnya mesti melakukan hal2 berikut:
1-memejamkan mata mayat
2-mendoakan ( HR Muslim : 920)
3-Menutup seluruh tubuhnya dengan kain.Tetapi jika yang meninggal sedang melakukan ihram,maka kepala dan wajahnya tidak ditutupi.
4-Bersegera menguruskan jenazah setelah yakin die betul2 meninggal.
5-Menguburkan di kampung tempat die meninggal ( ni sebab nak uruskan jenazah dengan cepat)
6-Bersegera menyelesaikan hutang2 si mati dengan hartanya sendiri.Jika harta peninggalannya x cukup,maka kerajaan boleh membayar hutang2 nya setelah die sendiri sudah berusaha membayarnya.Jika kerajaan x melakukannya,individu yang mahu boleh membantu membayarnya.

Tatacara Memandikan Mayat
  • Buang najis pada zahir sahaja
  • Memandikan 3 kali atau lebih
  • Memandikan dengan jumlah yg ganjil
  • Mencampur sebahagian air dengan daun bidara (sabun)
  • Mencampur mandi terakhir dengan wangi-wangian seperti kapur barus dan ini lebih afdhal.(kalau tengah berihram xyah letak wangi wangian)
  • Rambut dcuci dengan baik
  • Menyikat rambut
  • Mengikat dan jadikan 3 bahagian(untuk wanita) ,lalu bentangkan ke belakangnye.
  • Mula mandikan dr bhgian kanan dan anggota wuduknya
  • Lelaki dmandikan oleh lelaki dan wanita dmandikan oleh wanita(suami isteri boleh saling memandikan)
  • Tutup tubuh mayat dengan kain ketika memandikannya ( kain batik ke...jangan warna terang)
* Orang yang memandikan jenazah,dsunatkan mandi
*Orang yang mati syahid d medan perang x yah dmandikan even die dalam keadaan berjunub

Mengafani Mayat
~ Kain kafan dbeli dr harta peninggalan si mati
~Kain kafan hendaklah menutupi seluruh tubuhnya ( kalau nak bg x nampak lg,guna kain yg bercorak >>>lapisan yg dekat ngan si mati)
~kalau kain kafan tu x cukup tuk tutup seluruh tubuhnya,maka di utamakan tutup kepalanya hingga ke sebahagian tubuhnya.Bahagian yang mautup dengan masih terbuka d tutup dengan daun2 yg wangi.
~ Kalau org syahid....dtanam dengan pakaian yg dpakai tu terus...

2 comments:

ZaHiN said...

very informational (>_<) hee~ ahlan wasahlan to gombak...

Cik AsRaR said...

=) syukran...
besarnye Gombak ni ye ;)