Jan 26, 2010

~RancanGan maSa Cuti

Erm....cuti final sem hampir tiba..hee.18 Februari..tak sabar rasanye nak pulang ke rumah..heheh.macam tak balik 2, 3 bulan je..padahal tiap2 minggu balik..hahaha.Banyak aktiviti yang nak buat time cuti nanti..dah buat list dah.kalau boleh,nanti nak buat aktiviti yang berfaedah sikit..dah insaf buang masa nie..sebab masa cuti sebelum ni banyak dihabiskan depan lap top je!!tapi yang pasti..bukan belajar memandu !! Buat masa ni pintu hati dah tertutup(macam putus cinta lak) nak belajar..memang la tu satu ilmu atau kemahiran yang perlu ada pada setiap orang dewasa..hee..ni semua salah cikgu tu!! sebagai seorang guru,kena la consider sikit dengan pelajar yang tak pernah2 pun peegang streng kereta..tibe2 pegang..mesti la cara pegangannya agak keras dan cara memandu kereta teruk..ada ke patut cikgu tu cakap " saya tak pernah jumpa orang yang pelik macam awak ni" (ish...sedih tau tak die cakap camtu) ..lagi satu die cakap begini.."nak kata bodoh..anak..." (nak je lumurkan cili mulut cikgu yang 'baik' nie..huhu)..sebab die saya dah patah hati nak belajar memandu..

Dah2...tak nak ingat..ada kawan tu nak buat bisnes waffle..bagus2..dan saya pula..

  • Nak masuk kelas bi..hee..nak mantapkan lagi penguasaan terhadap bahasa omputeh nie
  • Nak masuk kem2 yang boleh meningkatkan keyakinan diri(yang nie nak join ngan kakak senior di ukm)
  • Mantapkan lagi kemahiran memasak...heheh
  • Nak cari info pasal prospek pekerjaan kos yang saya ambil ni
  • Belajar balik Akaun,Mt dan Ekonomi as preparation nak masuk main campus(boleh!!!)
  • Cari kerja
  • ...............................rahsia!!!........................

Jan 17, 2010

Ada PenYeleweNgan????

Assalamualaikum..pembuka segala bicara ^_^

Lepas magrib tadi pergi ke surau berdekatan dengan rumah sebab ada ceramah yang disampaikan oleh Ustaz...hmm...tak ingat!!! maaf ya ustaz..;) Banyak dugaan sebenarnya nak pergi surau ni..1.adik lambat bersiap ;X 2.banyak anjing berkeliaran kat area rumah saya ni(dua atau tiga ekor sahaja....hee)..kalau anjing tu kejar..tak ke naya

Disebabkan lambat sampai,ilmu yang saya dapat sikit sahaja...tak mengapalah kan..baik ada dari tidak ada langsung..Sampai sahaja dengar ustaz tu beritahu bahawa berdosa besar orang yang berbicara tentang hukum sedangkan dia tidak mempunyai ilmu iaitu dalil dan hadis yang sahih..Nerakalah tempatnya..Kemudian,Ustaz tu ceritalah sebenarnya kisah-kisah wali ni atau cerita-cerita teladan ni ada yang telah diselewengkan...contohnya,ingat tak kisah seorang lelaki tu terpikat dengan keindahan sepasang mata milik seorang wanita yang memakai purdah.Jadi,lelaki itu ikutlah wanita itu sampai dirumahnya..setelah tiba di rumah perempuan tu pun bertanyalah..."kenapa awak mengekori saya" lelaki itu pun beritahulah sebabnya..Wanita itu minta lelaki itu tunggu sebentar dan dia terus masuk ke dalam rumah..Kemudian,datanglah pembantu wanita itu memberi sesuatu kepada lelaki itu..Apabila lelaki itu melihat apa yang telah diberikan oleh pembantu itu..dia terkejut..kerana benda itu adalah sepasang mata milik wanita itu..kemudian lelaki itu pun insaf....

saya pernah baca kisah ini sebelum ini..Terdetik hati saya.." Alangkah bagusnya wanita ini,disebabkan rasa takutnya untuk menjadi fitnah atau tidak mahu melalaikan hati seorang lelaki dari mengingati Allah dia sanggup mengorek mata sendiri"...tu sebelum..Lepas tu,Ustaz tu cakaplah..lebih kurang beginilah ikut pemahaman saya...Kisah ini tidak betul,Islam tidak mengajar pun umatnya menyeksakan diri selepas kita sedar dari kesilapan..cukuplah dengan bertaubat..taubat yang sungguh-sungguh bahawa tidak akan melakukan kesilapan yang sama..lagipun cerita begini tidak ada sanad yang kukuh...Jadi,janganlah terlalu taksub atau terima bulat-bulat dengan sesuatu cerita itu sebelum kita pasti akan kesahihannya ..mari memahami makna yang tersirat..buka mata hati dan fikiran ketika membaca!!


p/s : Tolong betulkan saya jika saya salah....

Jan 14, 2010

KisaH tenTang....


"Ayish bosan la g sekolah mak...lagipun ayish kecik lagi",sebaik sahaja abes menuturkan ayat tu dia kembali sambung kembali tidurnya..saya pandang wajah mak saya..tersenyum saya tengok keletah adik bongsu saya nie yang kini berumur 5 tahun..baru sahaja mengenal alam persekolahan di sebuah tadika islam berdekatan dengan kawasan perumahan saya..kelas bermula pukul 8.30 am..tapi kol skang 8.20 x gerak2 agi...aish!! macam2..

"Bangunlah ayish...g r sekolah..kak long balik cepat dr Nilai sebab nak tengok ayish g sekolah tau..erm,kalo xbangun gak..kak long cubit kang!! (garang ke??saya belum bergelar seorang ibu lg tau...kalau dah mesti kurang garang kot...hehehe)..Mak saya lak gunekan pendekatan halus tuk pujuk adik saya nie.."Ayish nak mainan x??kite beli kat 7-eleven nak??tapi ayish kne g sekolah dulu la..adik saya xmemberi sebarang respon...pastu mak saya saja je wat sore budak kecik..konon2 nye sore kawan2 adik saya la.."Faris,datanglah sekolah..saya nak men ultraman ngan awak."..adik saya tersenyum walaupun mata die masih terpejam..Pastu die cakap pe tah..barulah die bangkit nak g mandi...tapi nanges2 gak r die nie..Jenuhlah mak saya memujuk...Dalam kelas adik saya nie hanya ada 3 orang sahaja lelaki...pupus ke lelaki??hehehe....rata2 budak2 yang sebaya adik saya nie d hantar ke tadika Mayang Sari Montessori...pastu majoriti penduduk kat cni cina...so..of course lah sekolah adik saya nie xdapat sangat sambutan...Walaupun begitu..syarat nak mohon keje kat situ kne pandai BAHASA INGGERIS ok...BI kena mantop!!huu...baru je berangan nak keje kat situ cuti nanti...huuu

Saya suka 'mendera' fizikal adik saya nie dengan mencubit pipi die sampai nanges n cium die lelame..hehehe.selagi die xnanges..saya rasa xtenang..hahahh.kejam ke??? ;) Sampaikan sekarang nie die rasa gerun bile saya nak hampiri die..die larikan die..wawaw..padan muke saya ;( Ketahuilah bahawa kakakmu amat menyayangimu wahai adikku!! hehe

Jan 9, 2010

SeBeLuM KiTa....

SEBELUM KITA MENGELUH...........


1. Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik, fikirkan tentang seseorang   yang tidakdapat berbicara sama sekali.
2. Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
3. Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
4. Sebelum kamu mengeluh bahwa kamu buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada
tingkat yang terburuk di dalam hidupnya.
5. Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau isterimu, fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Allah untuk diberikan teman hidup.
6. Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu awal.
7. Sebelum kamu mengeluh tentang anak-anakmu, fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
8. Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor kerana pembantumu tidak mengerjakan tugasnya, fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
9. Sebelum kamu mengeluh tentang jauhnya kamu telah menyetir, fikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan.
10. Dan disaat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.
11. Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahwa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.