Ilmu yang bermanfaat akan menguatkan tabir hitam dalam kalbu.Dari situ akan tumbuh pancaran IMAN yang menguasai setiap gerak-geri dan perjuangan seorang insan.Begitu juga sebaliknya,ilmu yang sesat akan menitiskan bintik2 hitam dalam hati sehingga menjadi gelap dan tertutupdari hakikat menerima kebenaran..Sesungguhnya ilmu bekal asas dalam menentukan kebenaran dan keadilan..
Ilmu tanpa amal bagaikan rahmat tanpa nikmat begitu juga amal tanpa ilmu bagaikan meredah kegelapan malam..Ilmu dan amal beriringan dalam memurnikan amalan seseorang.Sesungguhnya amalan ditolak kerana tidak disertakan ilmu yang bermanfaat sehingga bertaqarrub kepada ILLAHi menjadi sia2.Hiasilah diri dengan ilmu agar segala amalan diterima Allah
Sebahagian daripada nasihat Imam Ghazali....
".......Janganlah engkau jadi orang yang muflis amalannya dan janganlah engkau jadikan dirimu itu kosong daripada perkara yang berfaedah dan yakinlah bahawasanya semata-mata ilmu itu belum menjamin keselamatanmu di akhirat kelak......"
Tiada gunanya jika kita pelajari sesutu ilmi atau belajar semata-mata untuk berjaya dalam peperiksaan..
Berilmu - Beramal-Bertaqwa...
Ilmu yang kita pelajari hendaklah diamalkan dan dengan amalan yang kita buat menjadikan kita hamba yang bertaqwa..
0 comments:
Post a Comment