Dec 28, 2009

> IlMu <

Ilmu yang bermanfaat akan menguatkan tabir hitam dalam kalbu.Dari situ akan tumbuh pancaran IMAN yang menguasai setiap gerak-geri dan perjuangan seorang insan.Begitu juga sebaliknya,ilmu yang sesat akan menitiskan bintik2 hitam dalam hati sehingga menjadi gelap dan tertutupdari hakikat menerima kebenaran..Sesungguhnya ilmu bekal asas dalam menentukan kebenaran dan keadilan..

Ilmu tanpa amal bagaikan rahmat tanpa nikmat begitu juga amal tanpa ilmu bagaikan meredah kegelapan malam..Ilmu dan amal beriringan dalam memurnikan amalan seseorang.Sesungguhnya amalan ditolak kerana tidak disertakan ilmu yang bermanfaat sehingga bertaqarrub kepada ILLAHi menjadi sia2.Hiasilah diri dengan ilmu agar segala amalan diterima Allah



Sebahagian daripada nasihat Imam Ghazali....


".......Janganlah engkau jadi orang yang muflis amalannya dan janganlah engkau jadikan dirimu itu kosong daripada perkara yang berfaedah dan yakinlah bahawasanya semata-mata ilmu itu belum menjamin keselamatanmu di akhirat kelak......"


Tiada gunanya jika kita pelajari sesutu ilmi atau belajar semata-mata untuk berjaya dalam peperiksaan..
Berilmu - Beramal-Bertaqwa...
Ilmu yang kita pelajari hendaklah diamalkan dan dengan amalan yang kita buat menjadikan kita hamba yang bertaqwa..

Dec 24, 2009

Indahnya hidup dikelilingi sahabat2...

 Alhamdulillah....Terima Kasih Tuhan!! kerana melindungi perjalanan saya ke UKM serta menggerakkan hati saya untuk sampai ke sini ;) pada jam 11.40 ...kot...saya bertolak dari kolej saya belajar menuju ke ktm..Alhamdulillah..xlama sangat menunggu..tup2..lebih kurang 10 minit cam2 train da sampai dah...sampai betul2 kat ukm kol 12.30...cam2la...dekat je...Syukur rasanya jumpa senior Sungai Pusu ni..da 5 tahun kami xjumpa..baru nilah de rezki dapat jumpe...Nak tahu kenapa saya bersemangat nak jumpe die??? Sebab die nak belanja saye!!! hehehehe.....;) (memain je tau wahai ukhtiku)

 Petang lak kol 5,die ajak saya pergi  discussion tentang aktiviti pe nak anjurkan tuk karnival sem yang akan datang di UKM..tp aktiviti ni ditujukan khas untuk kaum muslimat je..bertambah lagi kenalan saya...:) Saya tertarik dengan sorang kakak ni..Dia orang kuat gak r dalam program ni...Saya tertarik dengan die sebab bile die bagi cadangan untuk sesuatu program die akan fikirkan akibatnya sekali samada baik atau buruk kepada orang yang hadir.contohnya ceramah pasal tutup aurat...berkesan x ceramah itu kepada orang yang tidak tutup aurat..saya rasa tak ramai orang berfikir macam die..biasanya kita akan fikir aktiviti apa yang akan menarik perhatian mahasiswa or mahasiswi or orang ramai supaya datang untuk program yang dianjurkan..full stop....xlebih dari itu bukan?? Lepas tu...die akan fikir Allah samaada reda atau tidak program yang die bentangkan  tu..menarik bukan.???

Lepas tu saya agak terkesan la dengan kata2 die....'Jangan jadi pasif!!!!' Macam mana nak jadi seperti Siti Aisyah yang aktif dalam menyebarkan dakwah Islam serta macam mana kita nak tolong Islam kalau kita hanya duduk diam dan terperap dalam bilik dan xnak bercampur gaul dengan masyarakat( Ps: bukan berlainan mahram ok....sesama jenis!!).saya tanya kakak tu juga...kalau tak reti nak bagi pendapat dalam meeting camne??? pastu kakak tu cakap...'Xpe..absorb je maklumat tu dulu..pastu lama kelamaan insyaAllah kita akan bersemangat serta berkeyakinan tinggi nak bentangkan idea atau pendapat kita sendiri....huhu.Betul juga kan?? Ni yang bersemangat nak masuk dalam banyak persatuan ni!! heheh(poyoss la pulak)





p/s: nilah serba sedikit pengalaman yang saya dapat untuk hari ni..esok nak gi mid..nak beli buku lagi..aish!! boros betul la Cik Laily ni kalau bab2 buku..doakan saya selamat pergi n balik ye...Syukran!!!

Dec 23, 2009

~ SoaLan DaRi OraNg Bukan IsLam UnTuk OranG IsLam...tenTanG IsLam

Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam).Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan?
Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.

6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami' Kenapa?
'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)' ?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'aku' kata jamaknya 'kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'.

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?
Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.

9) Sami Budha menjawab " Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar"
Kita jawab seperti ini, habis tu, kita Cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?

10) Sami Budha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"
Kita jawab lagi "habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus"

11) Sami Budha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit"
Kita jawab "Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran.. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan? Lagi besar penyakitnya kan? Lembu yang ragut rumput hari2 pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.

12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul2 juga?
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.
 

Soalan2 yg nyatakan di atas, sebenarnya memang benar2 di tanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam... mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yg ilmu hanya ala kadar berasa was2 dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was2 dengan agama yang dianutinya.
 Wallahu'alam.



Sumber : Bullet...rakan di Sahabat.Ikim

Dec 11, 2009

~AmALaN Yang BaIk...;)

Tengah sibuk2 kemas kotak surat,tetibe je terbaca surat dari kawan lama..kawan sekolah rendah.tapi sekarang ni kami masih bertemu kerana berada di gedung ilmu yang sama..walaupun begitu saya tak rapat dengan dia dah macam dulu2..:( mungkin sebab lain kos n lain bilik...Masa takde handphone dulu,kami sentiasa berutus surat(heheh)..sebab dia sekolah jauh nun di kelantan.dalam surat tu juga de diselitkan kata2 nasihat sebagai perangsang dalam menghadapi sebarang dugaan dan ujian di pentas dunia ini..oleh itu saya berbesar hati nak kongsi kan salah satu nasihat atau suruhan oleh kawan saya ni....Moga2 dapat diamalkan bersama..

Amalan semasa berwudu' :
  1. Berkumur-kumur : niatkan dalam hati," Ya Allah,ampunkanlah dosa2 mulut dan lidahu" kerana mulut dan lidah seseorang itu banyak mengumpat dan berkata yang tidak elok.
  2. Membasuh muka : niatkan dalam hati,"Ya Allah,putihkanlah mukaku di hari kiamat" kerana orang yang berada di syurga mukanya putih berseri
  3. Membasuh tangan ke siku(kanan): niatkan dalam hati,"Ya Allah berikanlah hisab di tangan kananku"
  4. Membasuh tangan ke siku(kiri)    : niatkan dalam hati,"Ya Allah,janganlah engkau beri hisab di tangan kiriku"
  5. Membasuh kepala : niatkan dalam hati,"Ya Allah,lindungilah kepalaku daripada terik matahari di padang mahsyar dengan arasyMu
  6. Membasuh telinga : niatkan dalam hati,"Ya Allah,ampunkanlah dosa2 telingaku ini" kerana telinga kita banyak mendengar yang tidak elok
  7. Basuh kaki kanan : niatkanlah dalam hati,"Ya Allah,permudahkanlah kaki kananku untuk melintas titian sirotul MustaQim
  8. Basuh kaki kiri : niatkanlah dalam hati,"Ya Allah,janganlah engau membawa kakiku ke tempat maksiat tetapi bawalah kaki kiriku ke tempat yang elok seperti masjid

p/s: Semoga kita dapat amalkan amalan yang baik ini...dengan niat2 seperti di atas,solat kita akan bertambah  khusyuk...InsyaAllah :)

Dec 5, 2009

Adik-adikku sayang...(n_n)


p/s: ni bukan adik ana tau...adik ana lg comel dr budak ni...hehe

Bersyukurlah kepada Allah kepada sesiapa yang mempunyai adik,abang atau kakak...kerana merekalah sebagai peneman kita dalam melalui arus dunia ini.Dengan kehadiran mereka sebagai pengubat kesunyian di kala seorang diri..(heheh.betul ke ayat ana ini)..berbanding dengan anak tunggal..huhu..sunyi sangat!!! sebab xde kawan tuk berborak..memanglah de kawan kat luar..tapi tak sama dengan adanye adik-beradik ini..Tambahan lagi merekalah yang akan tolong kita di kala kesusahan..(insyaAllah)

Tapikan kadang2 kenapa ada segolongan kita ni(termasuk ana kot)...kalau dengan adik sendiri bukan main kasarnye..kalo marah cepat je nak semburkan..tapi kalau dengan kawan-kawan..layan macam raja..pijak semut pun tak mati..kalau marah dengan kawan boleh lak bersabar..cakap pun lembut-lembut je...terasa hipokrit...boleh pulak layan orang asing yang takde pertalian darah dengan baik2..tapi dengan darah daging sendiri???ada tu sanggup putuskan pertalian saudara hanya kerana hal yang remeh.Nauzubillah..... 



So...marilah kita sama2 berlaku adil pada adik beradik kita...layan mereka dengan baik sebagaimana kita layan kawan2 kita...Semoga ukhwah antara adik beradik bertambah kuat..Semoga perasaan kasih kita pada adik beradik semakin tebal dari sebelum ini...Janganlah bila mereka dah meninggalkn kita buat selama-lamanya barulah nak menyesal....

Nov 30, 2009

~ Jangan Lupe Lirik vs Jangan Lupe Kalamullah

Ha!! Tetibe je dapat ilham nak melalut pasal pe.Alhamdulillah...Kelmarin,adik ana sibuk suh tukar channel 104(lupe lak..tp astro la yg pasti!!) masa tu program 'Jangan Lupe Lirik' ditayangkan..Suke tengok Aznil kendalikan program 2..Beselah orang banyak pengalaman..bak kata orang tua2..'banyak makan garam' hee..Memang patutlah Pak nil dapat banyak anugerah.sebab cara die memang bagus..kalo die sindir pun xla terasa sangat.hee..

Tapi..cume satu je ana x berkenan(banyak semenarnye!!!)..rasa cam program 2 melalaikan orang2 islam kan? kalo nak masuk program 2 kne hafal banyak lirik lagu beserta iramanyer sekali..so,banyak la kan kne hafal...sebab peserta xtau lagu pe yang die akan kne..bak kata orang 'sediakan payung sebelum hujan'(kalo nak menang la) Memang kagum la dengan orang yang dapat berbelas-belas ribu hengget tu...fuh!! dasyat2..cmne lah die hafal ek?? huhu...ana nak ingat permulaan lagu ' Hanya Kau Yang Mampu' pun kne 10 kali dengar baru leh ingat 1 baris..hee.,Ag 1,orang yang nyanyi kat pentas 2..bukan setakat nyanyi..malahan,de berjoget sekali...eeeeewwww....wat malu je!! x kire la laki ke perempuan yang nari 2..pd pandangan mata ana sangat huduhhhh...(maaf kalo de yang terasa)

Pe kata,dari rancangan 2..baek wat program yang mengingatkan kite pada Allah..contohnye..'Jangan Lupe Ayat al-Quran'..Boleh la meningkatkan keimanan kite pada Yang ESA..orang yang masuk n anjurkan tu same2 dapat pahala.Dengan itu dapatlah lahirkan generasi ulama yang kian berkurangan zaman ni..dan juga dapat mengurangkan penyakit hedonisme yang berlaku di kalangan remaja...

Nov 26, 2009

~ salam MuQaddimah....(n_n)

Blog?? rasa macam bermimpi je wat blog ni...Biasanya hanya menjelajah kat blog orang len je..Sama2 merasai pahit manis pengalaman seseorang,menikmati kata-kata puitis dan juga mutiara kata,berfikir akan kebenaran kesahihan informasi yang disampaikan..:) Mungkin sebab ini menjadikan ana bersemangat dan semangat nak berkongsi cerita ni berkobar-kobar walaupun ilmu tak cukup di dada lagi dan tak petah berbicara...malahan tak kreatif dalam mengungkap bait kata2 atau sajak...Tapi...tidak mengapa...akan ku sahut cabaran ini!!! hehe

Kenapa tajuk 'antara garis lurus'?? hehe...xde pe yang specialnye..tak tau nak tulis pe...sebab ramai yang dah gune..Boleh jadi,antara garis lurus merujuk pada entry ana ni..samaada digunakan untuk kebaikan atau mengutuk orang je???Ataupun post ana ni banyak yang mengarut dari manfaatnyer???hee..

Anyway,sila bagi sokongan atau idea tuk saya tegar dalam menulis blog ini walaupun saya tak sehebat Faisal Tehrani mahupun Ramlee Awang Mursyid dalam bidang penulisan...Moga2 apa yang saya cube sampaikan akan difahami jelas oleh anda semua...

~ Dengan lafaz BIsmillahhirrahmannirrahim....saya merasmikan blog yang tak seberapa ini...hee