Dec 11, 2009

~AmALaN Yang BaIk...;)

Tengah sibuk2 kemas kotak surat,tetibe je terbaca surat dari kawan lama..kawan sekolah rendah.tapi sekarang ni kami masih bertemu kerana berada di gedung ilmu yang sama..walaupun begitu saya tak rapat dengan dia dah macam dulu2..:( mungkin sebab lain kos n lain bilik...Masa takde handphone dulu,kami sentiasa berutus surat(heheh)..sebab dia sekolah jauh nun di kelantan.dalam surat tu juga de diselitkan kata2 nasihat sebagai perangsang dalam menghadapi sebarang dugaan dan ujian di pentas dunia ini..oleh itu saya berbesar hati nak kongsi kan salah satu nasihat atau suruhan oleh kawan saya ni....Moga2 dapat diamalkan bersama..

Amalan semasa berwudu' :
  1. Berkumur-kumur : niatkan dalam hati," Ya Allah,ampunkanlah dosa2 mulut dan lidahu" kerana mulut dan lidah seseorang itu banyak mengumpat dan berkata yang tidak elok.
  2. Membasuh muka : niatkan dalam hati,"Ya Allah,putihkanlah mukaku di hari kiamat" kerana orang yang berada di syurga mukanya putih berseri
  3. Membasuh tangan ke siku(kanan): niatkan dalam hati,"Ya Allah berikanlah hisab di tangan kananku"
  4. Membasuh tangan ke siku(kiri)    : niatkan dalam hati,"Ya Allah,janganlah engkau beri hisab di tangan kiriku"
  5. Membasuh kepala : niatkan dalam hati,"Ya Allah,lindungilah kepalaku daripada terik matahari di padang mahsyar dengan arasyMu
  6. Membasuh telinga : niatkan dalam hati,"Ya Allah,ampunkanlah dosa2 telingaku ini" kerana telinga kita banyak mendengar yang tidak elok
  7. Basuh kaki kanan : niatkanlah dalam hati,"Ya Allah,permudahkanlah kaki kananku untuk melintas titian sirotul MustaQim
  8. Basuh kaki kiri : niatkanlah dalam hati,"Ya Allah,janganlah engau membawa kakiku ke tempat maksiat tetapi bawalah kaki kiriku ke tempat yang elok seperti masjid

p/s: Semoga kita dapat amalkan amalan yang baik ini...dengan niat2 seperti di atas,solat kita akan bertambah  khusyuk...InsyaAllah :)

0 comments: